Daripada pemain gantian menjadi pemain harapan, di sini ada beberapa pemain yang pernah beraksi di Liga Inggeris dan kurang menyerlah telah berjaya menempa nama di Piala Dunia Fifa kali ini.
Pemenang UCL bersama Inter Milan, Cesar merupakan pemain QPR yang paling menonjol sepanjang musim akan tetapi tidak berjaya menyelamatkan pasukan itu dari tersingkir ke divisyen bawah. Daripada tersingkir di Loftus Road dan kini dalam perjalanan membawa Brazil mencapai kemenangan Piala Dunia kali ke enam.
Giovani Dos Santos – Mexico
Pemain muda berbakat bersama Barcelona tidak berjaya menyerlah di England bersama Tottenham Hotspurs, yang hanya berjaya menghabiskan 90 minit untuk enam perlawananan dan kemudian dipinjamkan ke Ipswoch Town, Racing Santander dan Galatasaray. Penyerang senasai Mexico itu berganding bersama Javier Hernandez berjaya menjaringkan 34 gol dalam 64 penampilan bersama skuad kebangsaannya.
Gervinho – Ivory Coast
Gervinho yang memiliki ketangkasan apabila menggelecek bola dan menjaringkan gol sewaktu perlawanan menentang Colombia tempoh hari, merupakan salah seorang pemain yang tidak berjaya menempa nama bersama The Gunners sebelum berhijrah ke Itali bersama kelab AS Roma. Gervinho yang diketepikan kerana tidak mampu memberikan impak bersama Gunners. Gervinho memberitahu, "Perbezaan Roma dan Arsenal ialah jurulatihnya. Garcia memberikan keyakinan kepada saya, dan percaya akan kebolehan saya."
Adakah anda bersetuju dengan senarai ini? Atau anda tahu pemain lain yang hanya menyinar di pentas Piala Dunia dan tidak berjaya bersama kelab? Berilah komen anda.
