Editor's Vids

Felixia Yap Telah Memilih Nama Barunya

Imej terkini Falixia Yap yang berhijab

KUALA LUMPUR, 1 JULAI 2014: Masih berdebar menanti tarikh 5 Ramadhan ini, model dan pelakon Felixia Yap akhirnya mendedahkan yang dia memilih nama Rania sebagai nama barunya.

Felixia mendedahkan nama ‘barunya’ itu menerusi program ‘Apa Kata Malaysia’ pada Ahad lepas.

Menerusi program kelolaan Datuk Aznil Haji Nawawi itu, Felixia memberitahu dia memilih nama itu selepas mendapat mimpi dan seterusnya mengkaji makna nama tersebut.

“Selepas mendapat mimpi tersebut, saya tertanya-tanya apakah maksud di sebaliknya. Saya tidak membuang masa dan terus mencari makna disebalik nama tersebut.

“Rania, bunyinya Indah bukan? Ia membawa maksud ‘pemimpin yang mempersonakan’,” katanya.

Bagaimanapun menurut Felixia dia memilih gabungan dua nama tetapi salah satu daripadanya akan diberitahu kemudian.

Felixia sebelum ini mendedahkan memilih untuk memeluk agama Islam pada 5 Ramadhan bersamaan 3 Julai ini bersempena ulangtahun kelahirannya.

Comments
0 Comments