Giring Ditawar 1 Bilion Untuk Keluar Daripada Kumpulan Nidji
Posted by : Unknown / on :
![]() |
| Ahli Kumpulan Nidji |
Secara peribadinya, ramai yang suka mendengar lagu Laskar Pelangi dendangan kumpulan Nidji. Lagu itu mempunyai satu aura ketenangan yang mampu memberi kesedaran tentang erti kesyukuran.
Malah, beberapa lagu hits mereka seperti Hapus Aku, Sumpah dan Cinta Matiku dan Bila aku Jatuh Cinta tidak pernah jemu untuk diulang dengar.
Namun, siapa sangka di sebalik kemegahan nama kumpulan Nidji di arena muzik rantau ini, kumpulan yang terdiri daripada Giring, Rama, Ariel, Adrie, Andro, dan Randy pernah terfikir untuk berpecah.
“Ya. Kami pernah berfikir untuk berpecah. Ada satu momen di mana kami sudah serius untuk berpecah dan saya ditawarkan 1 billion rupiah untuk keluar daripada Nidji sesudah kejayaan Laskar Pelangi.Kita sampai tidak bercakap antara satu sama lain. Tapi akhirnya satu persatu balik pada asalnya dan kami berenam akhirnya mengerti bahawa fame dan fortune itu bullshit. Apa yang benar pada kami ialah untuk reka muzik baru.Dan saya juga tidak mungkin bisa berkarya sama dengan hasil bersama Nidji kerana Nidji itu bila masuk ke studio rakaman gaya adanya magic .Maka, tidak mungkin saya bisa seperti itu ditempat lain.”
Itulah luahan perasaan Giring semasa diajukan persoalan mengenai isu tersebut. Ya. Mungkin muzik yang dihasilkan oleh Nidji lebih istimewa dek kerana keserasian mereka.
Mereka juga tidak lokek untuk bercerita mengenai pengalaman manis bergelar pemuzik apabila seorang wanita tua memberitahu mereka bahawa dia kembali bersemangat untuk hidup dikeranakan lagu Laskar Pelangi.
“Nenek itu hadir bersama cucunya. Lantas memberitahu bahawa dia sudah kehilangan sebelah payudaranya kerana kanser. Namun, apabila dia mendengar lagu Laskar Pelangi, dia rasa lebih bahagia dan bersyukur.”
Lisa Surihani: Kalau Tengok Betul-betul, Saya Tak Sampai Berkemban
Posted by : Unknown / on :
![]() |
| Ketika di KLFW, (kiri) Bersama ibunya |
Pelakon Lisa Surihani akui tidak berniat mencetuskan perasaan kurang senang kepada mana-mana pihak dengan pakaian yang dianggap agak seksi dan seolah-olah berkemban ketika menghadiri KL Fashion Week (KLFW) baru-baru ini.
Malah, Lisa Surihani menerusi laporan Harian Metro telah meminta maaf atas ketidak selesaan tersebut, namun mengakui selesa memperagakan fesyen rekaan Alia Bastamam itu.
“Sebenarnya kalau tengok betul-betul tak ada sampai saya terus berkemban pun tapi jika ada pihak yang kurang senang, saya minta maaf.
“Apa yang saya boleh katakan adalah minta maaf kalau ada yang kurang senang atau tersinggung dengan imej itu, tapi saya selesa bekerjasama dengan Alia untuk pakaiannya.
“Saya cukup terbuka dan okey jika ada yang sokong atau menentang penampilan saya. Itu adalah biasa kalau apa yang kita pakai ada yang suka dan ada yang menentang,” katanya.
Soo Wincci Nafi Berpuasa Kerana Teman Lelaki
Posted by : Unknown / on :
![]() |
| Soo Wincci berasa lebih sihat bila berpuasa |
Tahun ini merupakan tahun ketiga bagi penyanyi Soo Wincci berpuasa dan oleh sebab itu ramai pihak yang beranggapan bahawa dia sedang bercinta dengan lelaki beragama Islam.
Namun penyanyi tinggi lampai ini menolak spekulasi itu dan mengatakan niatnya berpuasa disebabkan kelebihan yang didapati sepanjang bulan Ramadan.
“Saya tahu ada spekulasi yang mengatakan saya berpuasa setiap tahun kerana mempunyai teman lelaki beragama Islam tetapi sebenarnya tidak.
“Pada mulanya saya hanya berpuasa disebabkan saya berjanji dengan peminat-peminat Melayu namun saya menyedari ada banyak kelebihan apabila berpuasa.
“Jadi saya mengambil keputusan untuk meneruskan sahaja niat saya setiap kali tibanya Ramadan,” katanya seperti yang dilapor mStar Online.
Disamping itu, Soo Wincci juga turut menceritakan kesukaran untuk berpuasa pada tahun ini memandangkan dia kini menetap di Taiwan.
“Berpuasa di sini amat berbeza terutamya daripada segi masa kerana di Taiwan masanya lebih panjang berbanding Malaysia.
“Untuk bersahur, saya kunci jam pada pukul 3 pagi setiap hari kerana di sini waktu Subuh adalah pada pukul 3.38 pagi dan waktu berpuasa pula lebih sejam daripada Malaysia.
“Kalau di Malaysia, saya ada ramai rakan-rakan Melayu untuk berbuka dan berpuasa tetapi di sini lebih mencabar kerana masyarakat Islam tidak ramai.
“Namun saya yakin, saya dapat menjalani puasa ini dengan baik.” ujarnya.
Felixia Yap Telah Memilih Nama Barunya
Posted by : Unknown / on :
![]() |
Imej terkini Falixia Yap yang berhijab
|
Felixia mendedahkan nama ‘barunya’ itu menerusi program ‘Apa Kata Malaysia’ pada Ahad lepas.
Menerusi program kelolaan Datuk Aznil Haji Nawawi itu, Felixia memberitahu dia memilih nama itu selepas mendapat mimpi dan seterusnya mengkaji makna nama tersebut.
“Selepas mendapat mimpi tersebut, saya tertanya-tanya apakah maksud di sebaliknya. Saya tidak membuang masa dan terus mencari makna disebalik nama tersebut.
“Rania, bunyinya Indah bukan? Ia membawa maksud ‘pemimpin yang mempersonakan’,” katanya.
Bagaimanapun menurut Felixia dia memilih gabungan dua nama tetapi salah satu daripadanya akan diberitahu kemudian.
Felixia sebelum ini mendedahkan memilih untuk memeluk agama Islam pada 5 Ramadhan bersamaan 3 Julai ini bersempena ulangtahun kelahirannya.
JDT JUARA LIGA SUPER 2014
Posted by : Unknown / on :

Johor Darul Takzim (JDT) berjaya menjulang trofi Liga Super buat kali pertama selepas menamatkan 22 perlawanan musim ini dengan mengumpul 44 mata, setelah menewaskan Sarawak 1-0 di Stadium Negeri Sarawak.
Sementara itu, Selangor menamatkan kempen Liga Super 2014 di kedudukan kedua apabila mengumpul 41 mata, selepas sekadar terikat 2-2 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Shah Alam.
Manakala Pahang kekal berada di kedudukan ketiga dengan mengumpul 37 mata, walaupun terpaksa menerima kekalahan besar 3-0 di tangan Perak.
Pada aksi yang berlangsung di Kuching, JDT dilihat lebih berhak untuk memenangi perlawanan biarpun berdepan tentangan sengit daripada Sarawak.
Di minit ke-7, tonggak import JDT Jorge Pereyra Diaz dan Luciano Figueroa mempamerkan corak permainan satu dua yang menarik, sebelum penjaga gol Sarawak Sani Anuar Kamsani menangkap kemas bola di kaki Diaz.
Di minit ke-16 pula, Nazrin Nawi melakukan percubaan baik yang hanya sedikit tersasar, biarpun dia turut berpeluang untuk menghantar bola ke depan gawang Sarawak.
Ryan Griffiths mempunyai idea yang bijak pada minit ke-24 apabila dia melakukan lambungan jauh pada ketika dia melihat penjaga gol JDT, Al-Hafiz Hamzah naik keatas. Bagaimanapun, sepakan tersebut jauh tersasar melewati palang gol.
S. Chanturu berjaya melarikan bola dan melepasi halangan Daudsu Jamaluddin di minit ke-34, sebelum dia melakukan hantaran ke depan gawang gol, namun tiada pemain Sarawak yang berada dikedudukan terbaik untuk melakukan penyudah.
Bebanan jentera serangan JDT untuk mencari gol begitu dirasai apabila barisan pertahanan Sarawak menunjukkan disiplin yang baik untuk menghalang setiap asakan.
Di babak kedua perlawanan, Ashri Chuchu mempunyai peluang berharga untuk melakukan jaringan selepas menerima hantaran ketika dia tidak dikawal di depan gol di minit ke-53, namun sentuhan pertamannya membuatkan bola hilang dari kawalan sebelum mudah dikeluarkan pemain lawan.
Jurulatih membuat pertukaran drastik di bahagian sayapnya dengan memasukkan Norshahrul Idlan Talaha dan memasukan Mahali Jasuli, sementara Nazrin Nawi dikeluarkan untuk digantikan dengan Amri Yahyah.
Di minit ke-66, Diaz muncul menghadiahkan gol buat JDT apabila dia tenang menewaskan Sani dengan sentuhan mudah, selepas tandukan sipi Figueroa jatuh kekakinya.
Di minit ke-76, Mafry Balang berjaya melepaskan diri dari tiga pertahanan lawan dan melakukan rembatan dari luar kotak penalti, bagaimanapun, Al-Hafiz dilihat lebih bersedia untuk menangkap kemas.
Manakala T-Team dan PKNS terpaksa bermain di Liga Perdana pada musim hadapan apabila masing-masing berada di kedudukan kelompok dua terbawah Liga Super 2014.
PEMAIN YANG TIDAK KONSISTEN DI BPL BERSINAR DI PIALA DUNIA
Posted by : Unknown / on :
Daripada pemain gantian menjadi pemain harapan, di sini ada beberapa pemain yang pernah beraksi di Liga Inggeris dan kurang menyerlah telah berjaya menempa nama di Piala Dunia Fifa kali ini.
Pemenang UCL bersama Inter Milan, Cesar merupakan pemain QPR yang paling menonjol sepanjang musim akan tetapi tidak berjaya menyelamatkan pasukan itu dari tersingkir ke divisyen bawah. Daripada tersingkir di Loftus Road dan kini dalam perjalanan membawa Brazil mencapai kemenangan Piala Dunia kali ke enam.
Giovani Dos Santos – Mexico
Pemain muda berbakat bersama Barcelona tidak berjaya menyerlah di England bersama Tottenham Hotspurs, yang hanya berjaya menghabiskan 90 minit untuk enam perlawananan dan kemudian dipinjamkan ke Ipswoch Town, Racing Santander dan Galatasaray. Penyerang senasai Mexico itu berganding bersama Javier Hernandez berjaya menjaringkan 34 gol dalam 64 penampilan bersama skuad kebangsaannya.
Gervinho – Ivory Coast
Gervinho yang memiliki ketangkasan apabila menggelecek bola dan menjaringkan gol sewaktu perlawanan menentang Colombia tempoh hari, merupakan salah seorang pemain yang tidak berjaya menempa nama bersama The Gunners sebelum berhijrah ke Itali bersama kelab AS Roma. Gervinho yang diketepikan kerana tidak mampu memberikan impak bersama Gunners. Gervinho memberitahu, "Perbezaan Roma dan Arsenal ialah jurulatihnya. Garcia memberikan keyakinan kepada saya, dan percaya akan kebolehan saya."
Adakah anda bersetuju dengan senarai ini? Atau anda tahu pemain lain yang hanya menyinar di pentas Piala Dunia dan tidak berjaya bersama kelab? Berilah komen anda.

.jpg)


